fb fb fb fb fb

Enam lagi terbunuh di Tebing Barat

Foto REUTERS

TUBAS, 5 September- Sekurang-kurangnya enam warga Palestin terbunuh dalam pengeboman sebuah kenderaan di Tebing Barat, hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin dan Bulan Sabit Merah, insiden terbabit turut menyebabkan tiga lagi rakyat Palestin mengalami kecederaan.

Terdahulu, tentera udara Israel melancarkan tiga serangan di kawasan Tubas di utara Lembah Jordan.

Israel terus melakukan serangan di Tebing Barat dan Gaza sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober lalu.

Serangan berterusan Israel terhadap Gaza telah menyebabkan lebih 40,000 rakyat Palestin terkorban dan memusnahkan sebahagian besar wilayah tersebut. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM