fb fb fb fb fb

Johnson nafi langgar kod tatakelakan menteri, enggan letak jawatan

LONDON, 1 Jun - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menafikan dakwaan melanggar kod tatakelakuan menteri, dalam usaha meredakan tekanan kem Konservatif yang semakin meningkat berhubung skandal "Partygate".

Antaranya kenyataan keras bekas pemimpin Konservatif, William Hague bahawa Johnson boleh menghadapi undi tidak percaya dalam kalangan ahli parlimennya sendiri seawal minggu depan.

Johnson menjadi Perdana Menteri Britain pertama yang didapati melanggar undang-undang semasa memegang jawatan apabila didenda oleh polis kerana menghadiri parti hari jadi pada Jun 2020.

Bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, pelanggaran kod tatalaku menteri dianggap sebagai kesalahan yang perlu disusuli peletakan jawatan.

Johnson sebaliknya berkata "Saya tidak melanggar kod".

"Tiada niat untuk melanggar undang-undang", katanya sambil menegaskan beliau "bertanggungjawab sepenuhnya kepada parlimen dan memohon maaf atas kesilapan itu".

(Boris Johnson berkata dia "tidak berniat untuk melanggar peraturan"/REUTERS)

Bagaimanapun, berpuluh-puluh ahli parlimen secara terbuka mengkritik pemimpin mereka yang terbabit dengan parti sedangkan ketika itu kerajaan mengarahkan orang ramai supaya menghormati perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19. -AFP

 

Media Baharu