fb fb fb fb fb

Rusia kuasai sebahagian besar hab perindutrian Severodonetsk

KIEV, 1 Jun - Tentera Rusia kini menguasai sebahagian besar bandar utama Severodonetsk di timur Ukraine, kata seorang Gabenor wilayah.

"Malangnya hari ini tentera Rusia mengawal sebahagian besar bandar itu," kata Gabenor Lugansk Sergiy Gaiday dalam video, menegaskan tentera Ukraine tidak dalam bahaya dikepung.

Beliau menambah bahawa 90 peratus Severodonetsk telah musnah.


(Reuters)

Gaiday juga memberi amaran bahawa tentera Rusia telah melanggar tangki yang mengandungi asid nitrik di loji kimia Severodonetsk dan menyeru orang ramai supaya tinggal di tempat perlindungan.

Severodonetsk adalah salah satu hab perindustrian yang terletak di laluan Rusia untuk menawan wilayah Luhansk Donbas.

Sementara itu, para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berpecah dalam rancangan mereka mengharamkan import minyak Moscow selepas bersetuju untuk menyekat sebahagian besar bekalan dari Rusia.

Pemimpin EU yang bermesyuarat untuk hari kedua di Brussels hanya berjaya mengetatkan sekatan ekonomi terhadap Moscow.-AFP

Media Baharu