fb fb fb fb fb

Joe Biden terima jemputan pengebumian Ratu Elizabeth II

ANKARA, 12 September - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden secara rasmi menerima jemputan bagi menghadiri pengebumian Ratu Elizabeth II, pada 19 September ini.

Beliau akan ditemani isterinya, Jill Biden.

"Upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II akan diadakan di Westminster Abbey pada 19 September, umum Istana Buckingham pada Sabtu.

Ratu Elizabeth II, raja paling lama memerintah Britain, meninggal dunia pada Khamis di kediaman musim panasnya di Istana Balmoral di Scotland pada usia 96 tahun, selepas 70 tahun menaiki takhta.

(Ratu Elizabeth II, raja paling lama memerintah Britain, meninggal dunia
pada Khamis di kediaman musim panasnya di Istana Balmoral)

Keranda mendiang Ratu Elizabeth II tiba di Edinburgh pada Ahad (11 September) selepas perjalanan kira-kira enam jam dari Istana Balmoral, di Scotland.

Ribuan orang membanjiri jalan raya sepanjang laluan tersebut.

Pada hari Selasa, keranda mendiang Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Lapangan Terbang Edinburgh untuk diterbangkan ke London.

Ia kemudiannya akan diletakkan di Dewan Westminster selama 24 jam untuk membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir. - BERNAMA

Media Baharu