fb fb fb fb fb

Jasad Ratu Elizabeth II tiba di Edinburgh, rakyat jelata sayu beri penghormatan terakhir

(FOTO AFP)

EDINBURGH, 12 September - Suasana sayu mengiringi perjalanan enam jam membawa Jasad Ratu Elizabeth II dari Istana Balmoral ke Istana Holyroodhouse di Edinburgh.

Rakyat jelata berbaris di sepanjang laluan kenderaan membawa keranda ratu kesayangan mereka bagi memberi penghormatan terakhir.

Jasad baginda ditempatkan di Istana Holyroodhouse selama sehari sebelum dipindahkan ke Katedral St Giles.

(FOTO AFP)

Terdahulu, kenderaan membawa keranda Ratu Elizabeth II meninggalkan Istana Balmoral, iaitu kediaman peribadi tempat baginda menghembuskan nafas terakhir.

Konvoi kenderaan disertai Puteri Anne dan, suaminya, Naib Laksamana Sir Tim Laurence.

Esok, jasad baginda akan diterbangkan ke London.

Sementara itu, Raja Charles III bakal berangkat ke Edinburgh hari ini.-AFP

Media Baharu