fb fb fb fb fb

Jet pejuang tentera Iran terhempas, 3 orang terbunuh

TEHRAN, 21 Februari- Sebuah jet pejuang tentera Iran dilaporkan terhempas di satu kawasan kediaman di barat laut bandar Tabriz, membunuh tiga orang termasuk dua anak kapal.

Televisyen tempatan melaporkan kejadian berlaku pada Isnin di barat laut bandar Tabriz.

Ketua Bulan Sabit Merah tempatan berkata jet tersebut menghentam sebuah sekolah dan salah seorang mangsa yang terbunuh adalah penduduk di kawasan kejiranan itu.

Pegawai tempatan, Mohammad-Bagher Honarvar memberitahu kepada stesen televisyen tempatan bahawa sekolah tersebut tidak dibuka ketika kejadian disebabkan sekatan COVID-19.

Mohammad mengenal pasti pesawat tersebut sebagai jet pejuang F-5 dan menyatakan pesawat itu terhempas kira-kira jam 9.00 pagi waktu tempatan di kawasan kejiranan Tabriz tengah Monajem.

Siasatan mengenainya sedang dijalankan, lapor stesen penyiaran negara itu.


(Jet PejuangĀ F-5 milik tentera Iran terhempas pada pagi Isnin 21 Februari 2022
berhampiran sebuah sekolah di barat laut Tabriz/FOTO-IRNA)

Agensi berita IRNA turut memuat naik futej di laman sesawang menunjukkan anggota bomba berusaha memadam kebakaran di lokasi nahas.

Jet pejuang MiG dan Sukhoi Rusia berasal dari era Soviet dan beberapa buah pesawat buatan China antara aset dimiliki angkatan tentera Iran.

Beberapa jet pejuang F-4 dan F-5 Amerika Syarikat sejak sebelum revolusi Islam 1979 juga antara sebahagian daripada aset armada udara Iran. -AFP

Media Baharu