fb fb fb fb fb

Ukraine alu-alukan sidang kemuncak AS - Rusia demi keamanan di sempadan

BELGIUM, 21 Februari- Kementerian Luar Ukraine mengalu-alukan inisiatif Perancis untuk mengadakan sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Menurut kementerian itu, Kiev berharap usaha itu akan membuahkan hasil dengan Moscow menarik semula angkatan tenteranya di sempadan Ukraine.

"Kami menyambut baik inisiatif itu. Kami percaya setiap usaha yang menyasarkan kepada penyelesaian diplomatik harus dicuba," kata Dmytro Kuleba menjelang pertemuan dengan rakan sejawatan Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.

"Kami berharap kedua-dua presiden akan mencapai kesepakatan dengan perjanjian, Rusia bersetuju menarik balik tenteranya dari Ukraine."

(Gambar dikeluarkan pada 21 Februari oleh pasukan bersenjata Ukraine di satu lokasi tidak didedahkan ketika latihan ketenteraan/AFP)

Dalam perkembangan berkaitan, Kremlin menyifatkan terlalu awal untuk menganjurkan sidang kemuncak antara pemimpin utama Rusia dan AS; reaksi kepada pengumuman Paris, kemungkinan satu pertemuan diadakan bagi meredakan ketegangan mengenai konflik Rusia - Ukraine.

"Adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai sebarang rancangan secara spesifik menganjurkan sebarang jenis sidang kemuncak," kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada pemberita, sambil menambah bahawa tiada "pelan konkrit" telah disediakan untuk mesyuarat tersebut. - AFP

Media Baharu