fb fb fb fb fb

Tarik semula peraturan kuarantin, tiada sekatan kepada pesakit COVID-19 di Britain

LONDON, 21 Februari - Britain merancang untuk menarik semula peraturan kuarantin kepada golongan yang dijangkiti COVID-19 pada minggu ini, kata Perdana Menteri Boris Johnson.

Britain bakal menjadi negara pertama di Eropah yang membenarkan individu dijangkiti COVID-19 melakukan aktiviti harian termasuk membeli-belah, menggunakan pengangkutan awam dan bekerja tanpa sebarang sekatan.

"COVID-19 tidak hilang serta-merta dan kita perlu belajar hidup dengan virus maut ini dan pada masa yang sama terus melindungi diri tanpa menjejaskan kebebasan," katanya.

Setakat ini, penduduk di England perlu menjalani kuarantin sekurang-kurangnya lima hari sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa kesihatan dan kuarantin tanpa arahan jika positif COVID-19 atau mempunyai gejala.

Kira-kira 85% penduduk Britain berusia 12 tahun ke atas sudah mempunyai vaksinasi lengkap dan dua per tiga daripada populasi sudah menerima suntikan dos penggalak.

Britain merekodkan lebih 160,000 kematian dalam tempoh 28 hari dan menjadi negara Eropah kedua mencatatkan kes jangkitan tertinggi selepas Rusia.

Kebanyakan ahli Parti Konservatif pimpinan Johnson menyifatkan sekatan COVID-19 adalah tidak perlu memandangkan program vaksinasi sudah berjalan secara meluas.

Sebelum ini, Boris Johnson mengumumkan semua sekatan COVID-19 akan dihentikan menjelang bulan depan termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.

Media Baharu