SYDNEY, 21 Februari - Mulai hari ini, Australia membuka sempadan antarabangsa kepada semua pelancong yang sudah mendapat vaksin untuk memasuki negara itu.
Pembukaan sempadan itu berlaku hampir dua tahun selepas melaksanakan beberapa sekatan perjalanan COVID-19 yang paling ketat di dunia.
Sempadan antarabangsa itu dibuka selepas pesawat syarikat penerbangan Qantas dari Los Angeles mendarat di Sydney .
Ia diikuti dengan ketibaan penerbangan dari Tokyo, Vancouver dan Singapura.
Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce mengalu-alukan pelawat kembali ke Australia .
Hanya 56 penerbangan antarabangsa dijadualkan mendarat di Australia dalam tempoh 24 jam selepas pembukaan semula sempadan.
Perdana Menteri, Scott Morrison yakin jumlah itu akan meningkat mengikut masa tidak lama lagi.
Morrison turut mempertahankan keputusan sebelum ini untuk menutup sempadan negara kepada dunia akibat COVID-19. - AFP