fb fb fb fb fb

Jet pejuang Amerika Syarikat, F16 terhempas di Korea Selatan

Foto Hiasan/ REUTERS

SEOUL, 11 Disember- Sebuah jet pejuang F-16 Amerika Syarikat (AS) terhempas hari ini di Korea Selatan , lapor agensi berita Yonhap.

Kejadian berlaku ketika sesi latihan di pangkalan Tentera Udara AS di Gunsan dan juruterbang terlibat dilaporkan terselamat.

“Jet itu terhempas ke dalam perairan selepas berlepas dari pangkalan udara di Gunsan, 178 kilometer ke selatan Seoul,” lapor agensi itu, merujuk kepada perairan di Laut Kuning.

Juruterbang itu terlepas dari jet dan diselamatkan, lapor Yonhap.

Kementerian pertahanan Korea Selatan enggan mengulas. Pasukan Amerika Syarikat Korea, yang menyelia tenterAmerika yang berpangkalan di Selatan belum mengesahkan laporan itu.

Pada Mei, sebuah jet F-16 AS terhempas semasa latihan rutin di kawasan pertanian di selatan Seoul. Juruterbang itu selamat keluar dan kemalangan itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa lain.

Washington ialah sekutu keselamatan utama Seoul dan menempatkan kira-kira 28,500 tentera di Korea Selatan untuk membantu melindunginya daripada Utara yang bersenjata nuklear.

Di negara jiran Jepun, tentera AS mengumumkan minggu lalu bahawa ia menghentikan armada pesawat pemutar miring V-22 Osprey berikutan nahas maut yang mengorbankan lapan anggota udara AS.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI