fb fb fb fb fb

Jerman ikrar lindungi Ukraine daripada serangan Rusia

BERLIN, 6 Oktober- Jerman akan melakukan segala yang mungkin agar Ukraine dapat melindungi dirinya daripada peluru berpandu Rusia, kata Menteri Luar Annalena Baerbock selepas serangan maut terbaru Moscow di Ukraine.

"Lebih 50 orang mati di Hrosa," tulisnya di X. "Selagi bom menghujani kafe dan pasar raya, kami akan melakukan segala-galanya untuk Ukraine melindungi dirinya daripada keganasan peluru berpandu Putin."

Semalam, pada mesyuarat pemimpin Eropah di Granada, Sepanyol, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Canselor Jerman Olaf Scholz mengumumkan Berlin sedang berusaha membekalkan Kiev dengan sistem pertahanan udara patriot baharu.-AFP



(Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock)

Media Baharu