fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh lapan dron Ukraine

(FOTO FAIL AFP)

MOSCOW, 6 Oktober - Moscow hari ini berkata ia telah memusnahkan lapan dron Ukraine di barat Rusia, berikutan serangan maut Rusia ke atas sebuah perkampung.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata percubaan serangan dron di Belgorod dan Kursk berlaku pada lewat Khamis.

“Percubaan rejim Kiev untuk melakukan serangan UAV jenis pesawat ke atas objek di wilayah Persekutuan Rusia digagalkan,” katanya dalam status di Telegram.

(FOTO FAIL AFP)

Kementerian berkata satu dron musnah di Kursk kira-kira pukul 8:30 malam dan tujuh telah ditembak jatuh di Belgorod serta kawasan sekitarnya beberapa jam kemudian.

Gabenor Belgorod, Vyacheslav Gladkov pada mulanya mengatakan terdapat enam serangan dron di wilayahnya, dengan mengatakan menerusi Telegram bahawa "menurut data awal, tiada mangsa."

Sejak Ukraine melancarkan serangan balas pada Jun, Rusia telah menempuh gelombang serangan dron dan kadang kala merosakkan bangunan, termasuk di Moscow.

Pada Rabu, Rusia berkata ia menembak jatuh 31 dron Ukraine di rantau sama, serta di Bryansk.-AFP

Media Baharu