fb fb fb fb fb

Jerman, Britain pintas pesawat Rusia

(FOTO FAIL / AFP)

BERLIN, 26 April- Jerman dan Britain memintas tiga pesawat peninjau tentera Rusia di atas Laut Baltik.

Tentera Udara Jerman mengsahkan perkara itu pada Rabu.

"Pesawat peninjau dipintas. Eurofighters Jerman dan British telah dimaklumkan untuk mengenal pasti tiga pesawat tentera. Dua SU-27 Flanker dan IL-20 dari Rusia terbang semula tanpa isyarat transponder di ruang udara antarabangsa di atas Laut Baltik," kata tentera udara di Twitter.

Sebagai ahli NATO, Jerman mengambil bahagian dalam memantau ruang udara di negara-negara Baltik.

Keselamatan telah dipertingkatkan bagi negara-negara Baltik selepas Rusia menyerang Ukraine tahun lepas.

Jet tentera Rusia telah berulang kali tersasar ke ruang udara di atas Laut Baltik dalam beberapa bulan kebelakangan ini.-AFP


(FOTO FAIL / AFP)

Media Baharu