fb fb fb fb fb

Duta Perancis, Sudan tiba di Perancis

PERANCIS, 26 April - Kapal terbang yang membawa mangsa pemindahan dari Sudan, termasuk duta Perancis, tiba di Paris hari ini.

Mereka yang dipindahkan disambut oleh pegawai, termasuk Menteri Luar Perancis Catherine Colonna, sejurus tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle.

Perancis telah memindahkan lebih 500 orang dari Sudan yang terdiri daripada lebih 200 warga Perancis serta rakyat Amerika, Britain dan lain-lain.

(FOTO REUTERS)

Puak-puak Sudan yang berperang bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 72 jam bermula pada Selasa (25 April), manakala negara Barat, Arab dan Asia berusaha untuk mengeluarkan rakyat mereka dari negara itu.

Sementara itu, pelarian daripada pelbagai bangsa yang melarikan diri dari konflik ketenteraan di Sudan tiba di Jeddah pada hari ini, dengan menaiki feri yang dihantar Arab Saudi.

Rakaman televisyen menunjukkan feri itu yang membawa mangsa yang dipindahkan selamat tiba.

Menurut Arab Saudi, mangsa yang dipindahkan termasuk 13 warga Saudi dan 1,674 individu dari kira-kira 56 negara, termasuk Anerika Syarikat, United Kingdom, Mesir, Afrika Selatan, Senegal, India dan Thailand. - REUTERS

Media Baharu