fb fb fb fb fb

Singapura gantung banduan bawa lebih 1kg ganja

(FOTO HIASAN)

SINGAPURA, 26 April- Biarpun menerima kecaman kumpulan hak asasi manusia , Singapura tetap melaksanakan hukuman gantung seorang banduan hari ini selepas dia disabitkan dengan konspirasi untuk menyeludup satu kilogram ganja.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Penjara Singapura, banduan dikenali Tangaraju Suppiah, 46, menjalani hukuman mati hari ini di Kompleks Penjara Changi.

Tangaraju disabitkan pada 2017 kerana bersubahat susulan terbabit dalam konspirasi untuk mengedar 1,017.9 gram ganja, dua kali ganda jumlah minimum yang diperlukan untuk hukuman mati di Singapura.

Singapura mempunyai beberapa undang-undang antinarkotik yang paling berat di dunia dan menegaskan hukuman mati kekal sebagai penghalang yang berkesan terhadap pemerdagangan bahan terlarang itu.

"Tangaraju Suppiah, 46, menjalani hukuman mati hari ini di Kompleks Penjara Changi," kata jurucakap Perkhidmatan Penjara Singapura kepada AFP.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch Asia Phil Robertson berkata "bukti yang dikemukakan 'jauh dari penjelasan jelas' kerana dia tidak pernah menyentuh ganja terbabit, disoal siasat oleh polis tanpa peguam, dan menafikan akses kepada jurubahasa Tamil apabila dia memintanya."

Beliau menambah hukuman gantung itu 'menimbulkan kebimbangan serius bahawa Singapura melancarkan usaha baharu untuk mengugurkan hukuman mati dalam usaha pencegahan yang salah."

Timbalan Pengarah Serantau Amnesty International Ming Yu Hah berkata terdapat banyak kelemahan dalam kes itu dan hukuman gantung itu menunjukkan 'kegagalan mengejutkan Singapura'.

Pihak berkuasa Singapura menegaskan Tangaraju telah diberi proses yang sewajarnya dan kesalahannya telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Kementerian Dalam Negeri berkata "bukti jelas menunjukkan bahawa dia adalah orang yang menyelaraskan penghantaran dadah, untuk tujuan pengedaran."

Branson, ahli Suruhanjaya Global Dasar Dadah yang berpangkalan di Geneva, menulis pada hari Isnin di blognya bahawa Tangaraju 'tidak berada di mana-mana' berdekatan dadah pada masa penahanannya dan Singapura mungkin akan membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah.

Pada hari Selasa, kementerian membidas Branson, mengatakan bahawa jutawan itu menunjukkan "menunjukkan sikap tidak menghormati sistem kehakiman Singapura,"

Di beberapa bahagian dunia termasuk negara jiran Thailand, ganja telah dibenarkan, dengan pihak berkuasa memansuhkan hukuman penjara.

Kumpulan hak asasi manusia telah meningkatkan tekanan ke atas Singapura untuk memansuhkan hukuman mati, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata amalan itu tidak terbukti sebagai penghalang yang berkesan di peringkat global dan tidak serasi dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Singapura meneruskan hukuman mati pada Mac 2022 selepas berehat lebih daripada dua tahun.

Penggantungan pada hari ini adalah yang pertama di negara kota itu dalam tempoh enam bulan dan ke-12 sejak tahun lepas.

Antara yang dihukum gantung ialah Nagaenthran K. Dharmalingam, yang pelaksanaannya mencetuskan bantahan global, termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Branson, kerana dia dianggap mempunyai kecacatan mental.-AFP


(Ahli keluarga Tangaraju Suppiah bersama surat petisyen untuk memohon
pengampunan pada Sabtu di Singapura / AFP)

Media Baharu