fb fb fb fb fb

Jerman benarkan Poland hantar kereta kebal 'Leopard' ke Ukraine

(FOTO HIASAN)

PARIS, 23 Januari - Jerman tidak akan menghalang Poland menghantar kereta kebal Leopard ke Ukraine jika Warsaw memohon untuk berbuat demikian.

Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock berkata penghantaran itu dilihat mungkin dapat memberikan kejayaan kepada Kiev yang menginginkan kereta kebal untuk memerangi pencerobohan Rusia.

(Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock / FOTO AFP)

"Jika kami ditanya soalan itu, maka kami tidak akan menghalang. Kami tahu betapa pentingnya kereta kebal ini dan inilah sebabnya kami membincangkan perkara ini sekarang dengan rakan kongsi kami. Kami perlu memastikan nyawa orang ramai diselamatkan dan wilayah Ukraine dibebaskan," kata Baerbock selepas mesyuarat sidang kemuncak Franco-Jerman di Paris, semalam.

Bagaimanapun katanya, Poland masih belum membuat permohonan secara rasmi.

Selama berbulan-bulan, pegawai Ukraine menggesa sekutu Barat untuk membekalkan mereka dengan kereta kebal moden buatan Jerman.

Namun, Berlin setakat ini menahan penghantarannya atau tidak membenarkan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) lain berbuat demikian.-AFP

Media Baharu