fb fb fb fb fb

Jepun tarik balik amaran tsunami selepas gempa 6.7 magnitud

Tinjauan mendapati, kawasan pelabuhan dalam keadaan terkawal dengan ombak sederhana / REUTERS

AOMORI, 12 Disember -Jepun menarik balik amaran tsunami beberapa jam selepas gempa bumi 6.7 magnitud melanda wilayah timur laut negara itu pagi tadi.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada awalnya mengeluarkan amaran berikutan jangkaan gelombang setinggi satu meter.

Ia susulan gempa yang berlaku pada 11.44 pagi di luar pesisir Aomori pada kedalaman 20 kilometer.

Tinjauan di Hachinohe dan Urakawa mendapati, kawasan pelabuhan dalam keadaan terkawal dengan ombak sederhana.

Gempa hari ini berlaku hanya beberapa hari selepas gegaran berukuran 7.5 magnitud yang melanda wilayah sama pada Isnin. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN