TOKYO, 12 Januari- Jepun menyatakan sokongan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Britain yang menyerang kumpulan Houthi di Yaman bagi memastikan laluan kapal berhampiran Semenanjung Arab dan di Laut Merah selamat.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap tertinggi kerajaan hari ini.
Bercakap pada sidang media harian, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi memberitahu pemberita bahawa Jepun mengecam tindakan tentera Houthi yang mengganggu laluan bebas kapal di rantau itu.
Lewat Khamis, AS dan Britain melancarkan serangan udara dan laut terhadap tentera Houthi di Yaman.
Houthi yang disokong Iran berkata serangan mereka ke atas laluan perkapalan di Laut Merah membuktikan sokongan dan solidariti mereka kepada Palestin dan Hamas.-REUTERS