fb fb fb fb fb

'Icon of the Seas', kapal persiaran terbesar mula berlayar 27 Januari ini

Kapal persiaran 'Icon of the Seas' / REUTERS

MIAMI, 12 Januari- Pengendali kapal persiaran mewah, Royal Caribbean kini bersedia untuk melancarkan kapal persiaran terbaharu dan terbesarnya, 'Icon of the Seas', yang berkapasiti maksimum sekitar 10,000 penumpang, menjadikannya kapal persiaran terbesar di dunia.

Kapal itu direka dengan lapan bahagian berbeza, menawarkan pelbagai pengalaman kepada penumpang dan setiap satu mempunyai tema tersendiri.

Salah satu temanya, ruang hijau bernama Central Park, lengkap dengan tumbuhan hidup dan pelbagai restoran. Konsep itu direka untuk mewujudkan perasaan berada di luar dengan penumpang boleh menikmati alam semulajdi semasa di atas kapal laut.

Ciri yang luar biasa bagi 'Icon of the Seas' ialah taman airnya yang inovatif, yang merangkumi enam set gelongsor unik dan tiub, sekali gus menandakan kapal itu sebagai yang pertama mempunyai taman air tema sendiri di laut.

Penambahan itu bertujuan untuk menyediakan penumpang dengan keseronokan yang berterusan semasa pelayaran mereka.

Dengan tawaran makanan yang pelbagai, kapal tersebut menempatkan lebih 40 restoran dan bar yang berbeza, memenuhi pelbagai cita rasa dan pilihan.

Icon of the Seas dijadualkan memulakan pelayaran sulungnya pada 27 Januari, menuju ke Caribbean Timur.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE