fb fb fb fb fb

Jepun pertingkat usaha anti-COVID di tengah peningkatan kes

TOKYO, 27 Januari - Jepun pada Khamis melanjutkan langkah anti-COVID ke 18 wilayah lagi, selepas menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19 sejak beberapa hari lalu, lapor Sputnik.

Negara itu buat pertama kali merekodkan kes melebihi 70,000 pada Rabu dengan bilangan 71,633 orang dijangkiti, manakala 34 lagi maut akibat wabak itu.

FOTO AP


Ibu negara Jepun, Tokyo, menyumbang angka terbesar jangkitan dengan 14,086 kes baharu dicatatkan pada Rabu, manakala 9,813 kes direkodkan di wilayah Osaka. - BERNAMA


Media Baharu