fb fb fb fb fb

Jepun minta PBB adakan mesyuarat susulan pelancaran peluru berpandu Pyongyang

TOKYO, 20 Februari- Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, negaranya telah meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh yang mendarat di laut di luar pantai barat Jepun.

Menurut Ketua Staf Bersama Korea Selatan, Pyongyang pertama kali melepaskan peluru berpandu balistik ke arah laut di luar pantai timurnya pada Sabtu sebelum melakukan dua lagi pelancaran serupa pada Isnin.

(Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun / Foto REUTERS)

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hirokazu Matsuno berkata, Jepun telah mengemukakan bantahan kepada Korea Utara berhubung pelancaran itu.

"Tindakan Korea Utara mengancam keamanan dan keselamatan Jepun, rantau ini dan masyarakat antarabangsa.

Ia sama sekali tidak boleh diterima," ujar Matsuno.-REUTERS

Media Baharu