FOTO AFP
HONOLULU, 13 Februari - Diplomat tertinggi Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat sepakat membantah tindakan Korea Utara yang melancarkan beberapa siri peluru berpandu balistik.
Dalam satu mesyuarat yang diadakan di Honolulu, Amerika Syarikat diwakili Setiausaha Negara, Antony Blinken.
Manakala Jepun dan Korea Selatan masing-masing diwakili Menteri Luar, Hayashi Yoshimasa dan Chung Eui-yong.
Ketiga-tiga negara mengutuk perbuatan Pyongyang yang dianggap mengganggu kestabilan.
Mereka menggesa Korea Utara menghentikan aktiviti yang menyalahi undang -undang.
Sebaliknya ia perlu diselesaikan menerusi sesi dialog.
Ketiga-tiga diplomat juga menyatakan kesediaan untuk menyambung semula rundingan dengan Pyongyang. -AFP