fb fb fb fb fb

Remaja 15 tahun tembak ibu, bapa dan adik, tidak puas hati didenda

 

FOTO AFP

MADRID, 13 Februari-Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun disyaki menembak mati ibu bapanya dan adik lelakinya yang berusia 10 tahun berikutan perbalahan mengenai gred sekolah yang teruk, kata polis pada Sabtu.

Insiden itu berlaku pada petang Selasa di kawasan luar bandar di Elche, tenggara Sepanyol.

Polis mengesahkan remaja itu yang namanya tidak didedahkan, ditahan kelmarin kerana dituduh melakukan tiga pembunuhan yang berpunca daripada pertengkaran mengenai gred pelajarannya yang lemah, lapor Agensi Berita Xinhua memetik akhbar Sepanyol.

Akhbar tempatan melaporkan, ibu remaja itu memutuskan aksesnya kepada Wi-Fi sebagai hukuman terhadap suspek atas prestasi buruk di sekolah dan keengganan membantu melakukan kerja di rumah.

Susulan itu, remaja terbabit didakwa mengambil senapang patah milik bapanya lalu menembak mati ketiga-tiga ahli keluarganya itu dengan senjata sama.

Polis mengesahkan sebelum ditemui pihak berkuasa, remaja itu berada di rumah bersama ketiga-tiga mayat selama tiga hari sebelum membuat pengakuan kepada saudara-mara yang bimbang selepas tidak mendengar khabar daripada keluarga berkenaan.

Polis kemudian menahan remaja itu, dan dia secara rasmi mengaku melakukan tiga pembunuhan berkenaan, ketika disoal siasat di Balai Polis Elche serta kini masih berada dalam tahanan.-AFP

Media Baharu