(FOTO HIASAN)
TAIPEI, 18 September - Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda pantai tenggara Taiwan pada Ahad, kata Kajian Geologi AS dan mendorong Jepun mengeluarkan amaran tsunami.
Gempa itu berlaku pada pukul 2:44 petang (0644 GMT) kira-kira 50 kilometer di utara bandar Taitung pada kedalaman 10 kilometer, kata USGS.
Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda wilayah yang sama pada hari Sabtu dan terdapat beberapa gegaran berlaku dan gegaran pada Ahad merupakan yang paling kuat setakat ini.
(Kesan kemusnahan akibat gempa bumi yang berlaku di Taiwan/ Foto Twitter)
Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami kepada pulau terpencil berhampiran Taiwan.
Taiwan kerap dilanda gempa bumi kerana pulau itu terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik. -AFP