fb fb fb fb fb

Kyrgyzstan isytihar darurat di Batken

KYRGYZSTAN, 18 September - Kyrgyzstan mengisytiharkan darurat di Batken yang bersempadan dengan Tajikistan berikutan pertempuran yang meletus di kawasan terbabit.

Perintah darurat dibuat pada lewat Jumaat itu bagi membolehkan pasukan keselamatan digerakkan untuk memastikan keselamatan rakyat, memudahkan proses pemindahan dan penempatan semula penduduk.

Menurut kenyataan kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal darurat, keputusan itu juga bagi mengelak lebih ramai menjadi korban.

Menurut Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam pertempuran itu.

Ketegangan berpunca daripada pertikaian sempadan selain isu pengairan pertanian dan kawasan ragut untuk ternakan serta penyeludupan dan menyeberang sempadan secara haram. - 

Media Baharu