fb fb fb fb fb

Jepun akan usir diplomat dan pegawai Rusia

TOKYO, 8 April - Jepun akan mengusir lapan diplomat dan pegawai Rusia dari negara itu.

Ia susulan tindakan Moscow di Ukraine yang dianggap tidak wajar dan mencabuli undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar Jepun, Hikariko Ono berkata mereka yang diusir terdiri daripada diplomat dari Kedutaan Rusia di Jepun serta pegawai di Pejabat Perwakilan Perdagangan Persekutuan Rusia.

Duta Rusia ke Tokyo, Mikhail Yurievich Galuzin telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dalam mesyuarat dengan Naib Menteri Luar Jepun, Takeo Mori.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengumumkan sekatan baharu terhadap Rusia.

(FOTO AFP)

Ini termasuk pengharaman import arang batu dari negara berkenaan.

"Kami akan mendapatkan alternatif lain dan mengurangkan import secara beransur-ansur bagi mengurangkan pergantungan tenaga dari Rusia", kata Kishida pada sidang akhbar.

Kishida turut menyelar Moscow kerana melanggar undang-undang antarabangsa di Ukraine.-AFP

Media Baharu