fb fb fb fb fb

5,000 orang awam terbunuh di Mariupol - Pihak berkuasa pro-Rusia

(Imej satelit Maxar menunjukkan kebakaran dan kerosakan bangunan di Mariupol/AFP)

MOSCOW, 8 April - Kira-kira 5,000 orang awam terbunuh di bandar Mariupol, Ukraine, yang dikepong tentera Rusia.

Kenyataan itu dikeluarkan Datuk Bandar, Konstantin Ivashchenko.

"Kira-kira 60 hingga 70% rumah musnah atau musnah sebahagian," katanya kepada berita rasmi TASS seperti dilaporkan AFP.

Beliau menyebut, 25,000 penduduk lagi meninggalkan bandar di tenggara negara itu.

(Pemandangan teater drama yang musnah terbakar dibom tentera Rusia/AFP)

Ivashchenko sebelum ini dinamakan Datuk Bandar baharu Mariupol pro-Rusia oleh Ketua Republik Rakyat Donetsk (DPR), Denis Pushilin pada Rabu.

Pihak berkuasa Ukraine juga mendakwa sebanyak 5,000 orang maut di Mariupol dan menganggarkan terdapat puluhan ribu orang awam terkorban di bandar yang dikatakan musnah 90% itu.

Tentera Rusia telah mengepung bandar berkenaan selama beberapa minggu, namun terpaksa berdepan tentangan sengit Ukraine.-AFP

Media Baharu