fb fb fb fb fb

Jeneral tentera Rusia terbunuh di Ukraine - pemisah

(Foto pada 6 Jun 2022 di bandar Raihorodok, Donbas, timur Ukraine menunjukkan
sebuah jambatan runtuh di laluan menuju bandar Lymn yang ditawan Rusia/AFP)

MOSCOW, 7 Jun- Kumpulan pemisah pro-Kremlin di Ukraine mengesahkan kematian seorang lagi jeneral tentera Rusia ketika operasi ketenteraan pihak Moscow di Ukraine.

Kematian Kutuzov pernah dilaporkan oleh wartawan TV Rusia, namun pegawai di Moscow tidak mengesahkan perkara itu.

Pemimpin kumpulan pemisah pro-Rusia, Denis Pushilin mengucapkan “takziah kepada keluarga dan rakan-rakan" Mejar Jeneral Roman Kutuzov "yang telah menunjukkan sifat perlu diteladani bagaimana untuk berkhidmat kepada tanah air".

“Selagi jeneral kita bergandung bahu menentang tentera (musuh), negara tidak akan dapat dikalahkan,” kata Pushilin menerusi mesej Telegram, bersama gambar hitam putih Kutuzov.

Pengumuman itu dibuat ketika tentera Rusia dan sekutunya kumpulan pemisah sedang melancarkan serangan besar-besaran ke wilayah Donbas di timur Ukraine, yang menyaksikan pertempuran sengit berlaku di bandar Severodonetsk.


(Roman Kutuzov/Foto Wikipedia)

Sejak Moscow menghantar tenteranya ke Ukraine pada 24 Februari lalu, kerajaan Ukraine mendakwa sudah berjaya membunuh beberapa pegawai tertinggi Rusia, namun bilangan sebenar mereka yang terbunuh tidak diketahui kerana Moscow jarang berkongsi perkembangan itu daripada pihak mereka.

Hujung Mac lalu, ratusan penduduk berkumpul di Crimea wilayah ditadbir Rusia untuk upacara pengebumian Andrei Paliy, Timbalan Komander Tentera Laut Hitam Rusia, yang terkorban semasa pertempuran berhampiran bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine.

Pada April pula, upacara pengebumian Major Jeneral, Vladimir Frolov diadakan di bandar kedua terbesar Rusia, Saint Petersburg.

Pihak berkuasa mengesahkan kematian jeneral itu sebagai “mati dalam perjuangan” di Ukraine. -AFP

Media Baharu