fb fb fb fb fb

Australia naikkan kadar faedah untuk bendung inflasi

(Orang ramai berjalan di hadapan Reserve Bank of Australia di Sydney/REUTERS)

SYDNEY, 7 Jun - Bank pusat Australia hari ini menaikkan kadar faedah lebih tinggi daripada jangkaan dan memberi amaran, lebih banyak kenaikan akan dibiuat bagi mengekang peningkatan inflasi yang ketara.

Gabenor bank pusat, Philip Lowe mengumumkan kadar pinjaman utama Bank Rizab akan naik setengah mata peratusan kepada 0.85% jauh lebih tinggi berbanding ramalan penganalisis iaitu kenaikan suku mata.

"Walaupun inflasi lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju lain, ia lebih tinggi daripada jangkaan awal," kata Lowe.

"Faktor global, termasuk gangguan berkaitan COVID-19 kepada rantaian bekalan dan perang di Ukraine merupakan fakor utama menyebabkan peningkatan inflasi ini," tambahnya, sambil memberi amaran bahawa "faktor domestik turut memainkan peranan."

Katanya, pasaran buruh yang ketat dan bencana banjir yang meluas menyaksikan inflasi meningkat kepada 5.1%.

(Australia naikkan kadar faedah untuk bendung inflasi/Google)

Pandemik pula mengheret ekonomi Australia ke kancah kemelesetan pertamanya dalam tempoh tiga dekad, dengan pemulihannya tidak menentu.

Lowe juga memberi amaran bahawa terdapat kebimbangan mengenai prospek global, dengan perang Rusia di Ukraine mendorong harga tenaga dan pertanian lebih tinggi.

"Terdapat juga ketidakpastian berterusan berkaitan COVID-19, terutamanya di China," kata gabenor bank pusat itu. -AFP

Media Baharu