NEW YORK, 13 November- Kekejaman yang berlaku setiap hari di Gaza merupakan jenayah antarabangsa paling teruk, ketika Israel meneruskan pengeboman harian ke wilayah Palestin.
Perkara itu ditegaskan Pemangku Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Joyce Msuya.
Beliau mengibaratkan orang awam yang dihalau daripada rumah, dibakar dan dikebumikan hidup-hidup bagaikan tanah terbiar daripada runtuhan.
"Apakah perbezaan yang ada .... apakah langkah berjaga-jaga yang diambil, jika lebih daripada 70 peratus perumahan awam sama ada rosak atau musnah?.
"Kami menyaksikan perbuatan yang mengingatkan jenayah antarabangsa yang paling teruk. Kekejaman harian di Gaza, nampaknya tiada had," kata Msuya.
Mesyuarat Majlis Keselamatan yang berlangsung dekat sini tertumpu kepada laporan yang disokong PBB, yang memberi amaran tentang kemungkinan akan berlakunya kebuluran yang besar. -AFP