fb fb fb fb fb

Jasad pekerja Thailand yang terkorban di Gaza, dipulangkan

Jasad pekerja ladang warga Thailand, Sonthaya Oakkharasri dipulangkan kepada keluarga /REUTERS

BANGKOK, 23 Oktober- Jasad seorang pekerja ladang warga Thailand yang terbunuh dalam serangan Israel-Hamas 7 Oktober 2023 telah selamat dibawa pulang.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mayat Sonthaya Oakkharasri tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok petang tadi.

Ia sebagai sebahagian perjanjian gencatan senjata antara Israel-Hamas.

Menteri Tenaga Kerja Thailand, Treenuch Thienthong memberitahu, hampir 30-ribu rakyat negara itu bekerja di Israel, kebanyakannya dalam sektor pertanian.

Sonthaya, berusia 30 tahun, bekerja di kibbutz Beeri terbunuh dalam serangan pada tahun 2023.

Ibunya bersyukur jasad anaknya dapat dibawa pulang ke kampung halaman mereka di wilayah Nong Bua Lamphu, utara Thailand dan akan disemadikan mengikut adat Buddha.

Kerajaan Thailand turut memberi pampasan berjumlah AS$54,000 kepada keluarga mendiang.

Sementara itu, Kementerian Luar Thailand pula memaklumkan, 47 rakyatnya terbunuh sepanjang konflik itu berlaku. -AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH