fb fb fb fb fb

Jangkaan kes meningkat, AS kekurangan vaksin cacar monyet

(Saintis Penyelidikan Dr. Margaret Mills menyediakan instrumen
untuk mengekstrak DNA untuk ujianvirus Monkeypox di Makmal Virologi Ubat UW
pada
12 Julai 2022 di Seattle, Washington/AFP)


WASHINGTON, 16 Julai- Amerika Syarikat (AS) yang menjangka kes cacar monyet akan meningkat pada minggu mendatang, kini berdepan masalah kekurangan vaksin untuk memenuhi keperluan mengekang penularan wabak itu, menurut pegawai atasan kesihatan, semalam.

Kebimbangan semakin meningkat, terutama di New York yang menjadi pusat wabak itu di AS dengan hampir 390 kes dikesan setakat 14 Julai lalu. Sejumlah 1,470 kes cacar monyet direkodkan di AS, setakat ini.

Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), Rochelle Walensky, berkata permintaan terhadap vaksin berkenaan adalah melebihi bekalan sedia ada.

"Buat masa ini, kita belum mempunyai jumlah bekalan vaksin yang dikehendaki," katanya pada sidang media sambil memberi amaran bahawa pihak berkuasa menjangka berlaku peningkatan kes pada minggu-minggu mendatang.

Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan awam New York dilaporkan terpaksa memohon maaf pada awal minggu ini apabila trafik laman sesawang kerajaan sesak apabila ribuan pengguna log masuk pada satu-satu masa untuk membuat janji temu mendapatkan suntikan vaksin berkenaan.

(Saintis Penyelidikan Khan Shah mengusahakan penjujukan genom virus untuk pelbagai virus
di Makmal Virologi Perubatan UW pada 12 Julai 2022. Makmal Virologi Perubatan UW ialah salah satu daripada
segelintir makmal rujukan klinikal di negara ini yang menawarkan ujian PCR yang dibangunkan
oleh makmal. untuk pengesanan virus Monkeypox/AFP)


"Bekalan vaksin adalah amat terhad di seluruh negara, terutama di New York," kata ketua jabatan kesihatan awam bandar itu, Ashwin Vasan.

Ketika wabak itu mula melanda AS pada Mei lalu, cuma terdapat kira-kira 2,000 dos vaksin Jynneos sedia ada di negara ini. Vaksin berkenaan adalah satu-satunya yang diluluskan khusus untuk cacar monyet.

Bagaimanapun sejak itu, kira-kira 156,000 dos vaksin terbabit sudah diedarkan ke seluruh negara. -AFP

Media Baharu