fb fb fb fb fb

Jalan raya rosak, dihanyutkan air banjir di tengah Jepun

(Foto Reuters)

OKAZAKI, 4 Jun- Jalan raya rosak teruk dihanyutkan hujan lebat, yang menyebabkan gangguan besar di tengah Jepun, pada Jumaat.

Ia ketika Ribut Tropika Marwar melintasi selatan pulau utama negara itu di Honshu.

Rakaman video menunjukkan sebuah kereta melalui air banjir berhampiran jalan yang rosak teruk di tengah wilayah Aichi.

Seorang ditemukan maut di wilayah Aichi manakala dua lagi hilang di barat Wakayama.

Taufan Marwar, yang mengundang malapetaka ke atas Guam awal minggu ini, telah menjadi lemah kepada kekuatan ribut tropika daripada status taufan super pada mulanya.

(Rakaman video menunjukkan sebuah kereta melalui air banjir
berhampiran jalan yang rosak teruk di tengah wilayah Aichi/Foto Reuters)

Hujan berterusan turut dilapor pada pagi Sabtu di kawasan yang luas di Jepun, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kerosakan dan ramai penduduk terkandas apabila perkhidmatan kereta api digantung.

Meski Marwar semakin lemah daripada status taufan super, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menggesa orang ramai supaya mengambi langkah berjaga-jaga.

Ini termasuk kenaikan paras air sungai dan banjir di timur Jepun, sambil memberi amaran tentang tanah runtuh di barat Jepun.

Susulan ribut yang berlaku, kira-kira 7,000 isi rumah di wilayah timur dan barat terputus bekalan elektrik.

Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan, kata kementerian industri pada Sabtu.-REUTERS

Media Baharu