fb fb fb fb fb

Gempa kuat di Timur Indonesia

JAKARTA, 4 Jun- Wilayah Maluku di timur Indonesia digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.0 pada skala richter pada pagi Ahad, namun ia tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Gegaran yang berlaku pada 7.25 pagi waktu tempatan itu berpusat di 154 kilometer barat laut daerah Kepulauan Tanimbar (Maluku Tenggara Barat) dan kedalaman 153 kilometer di bawah dasar laut.

Bagaimanapun gempa bumi yang melanda negara itu tidak berpotensi mencetuskan ancaman ombak besar. 

(Foto hiasan)

 

Media Baharu