fb fb fb fb fb

12 orang maut, sesak nafas di lombong emas Venezuela

(Kejadian berlaku pada Rabu selepas lombong
berkenaan dinaiki air akibat hujan lebat/Foto Hiasan)

CIUDAD GUAYANA, 4 Jun- 12 orang dilaporkan maut akibat sesak nafas di sebuah lombong emas tertutup di tenggara Venezuela.

"Seramai 12 orang disahkan maut dalam insiden itu. Mangsa memasuki lombong yang telah lama ditutup," kata Setiausaha Keselamatan di El Callao, Jeneral Edgar Colina Reyes, menerusi temubual telefon dengan AFP, pada Sabtu.

Menurutnya, kejadian berlaku pada Rabu selepas lombong berkenaan dinaiki air akibat hujan lebat.

(Foto Hiasan)

Lima mayat ditemukan pada Jumaat, manakala tujuh lagi pada Sabtu.

Beliau menambah, kesemua identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Terdahulu, pada 2021, lombong emas di lokasi sama pernah runtuh menyebabkan seorang maut, manakala 34 yang lain berjaya diselamatkan.

Selatan Venezuela dipenuhi dengan pelbagai aktiviti perlombongan yang sah dan haram, dan kemalangan sering berlaku.-AFP

Media Baharu