fb fb fb fb fb

Ketegangan di Senegal berterusan, angka korban meningkat kepada 15 orang

FOTO AFP

DAKAR, 4 Jun - Angka korban akibat ketegangan di Senegal meningkat kepada 15 orang.

Pertempuran berlaku antara polis dan penyokong ketua pembangkang, Ousmane Sonko berikutan mahkamah mensabitkan kesalahan terhadapnya.

Sonko, 48 tahun yang merupakan bekas pemeriksa cukai, pada mulanya didakwa atas tuduhan merogol.

Bagaimanapun, mahkamah Khamis lalu telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap beliau selepas terbukti bersalah atas tuduhan yang lebih ringan iaitu secara moral "merosak" seorang wanita muda.

Menteri Dalam Negeri, Antoine Diome berkata kira-kira 500 tangkapan telah dibuat sejak protes bermula.

Tambahnya, kerajaan mengesyaki penglibatan luar negara.

“Terdapat pengaruh asing dan negara yang diserang,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Tentera telah dikerahkan ke jalan raya tetapi pergelutan meletus pada malam Jumaat di beberapa bahagian ibu kota, Dakar, dan di Ziguinchor.


(FOTO AFP)

Diome menuduh penunjuk perasaan cuba mengganggu kestabilan negara.

“Mereka ini adalah orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya. "Mereka menggesa demonstrasi. Mereka menggesa bangunan awam dibakar. Mereka menggesa agar negeri itu runtuh," tambahnya.

Sonko mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah usaha kerajaan untuk merosakkan karier politiknya menjelang pilihan raya presiden tahun depan.- AFP

Media Baharu