ADIS ABABA, 15 Februari- Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiba di Addis Ababa pada petang Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-38.
Sidang kemuncak tersebut diadakan selama dua hari, bermula hari ini.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Presiden Abbas dijadual menyampaikan ucapan pada sidang kemuncak tersebut, dengan tumpuan kepada situasi di Palestin.
"Presiden Abbas dijangka akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Afrika untuk memobilisasi sokongan terhadap isu Palestin di peringkat antarabangsa.
"Beliau juga akan membincangkan perkembangan terkini serta langkah-langkah untuk memperkukuhkan hubungan dua hala demi kepentingan negara dan rakyat yang bersahabat," lapor WAFA.