fb fb fb fb fb

Isu masa depan Palestin & Gaza bakal dominasi persidangan PBB

Foto AFP

NEW YORK, 19 September – Lebih 140 pemimpin dunia akan berhimpun pada Sidang Umum Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu hadapan dengan isu utama yang bakal menjadi tumpuan adalah krisis kemanusiaan di Gaza dan masa depan negara Palestin.

Bagaimanapun, Presiden Palestin Mahmud Abbas tidak dapat hadir selepas Amerika Syarikat menolak visa beliau dan delegasinya.

Selain itu, Presiden Syria yang baharu, Ahmed al-Sharaa dijangka turut menarik perhatian apabila membuat penampilan sulung di PBB selepas kejatuhan regim Bashar al-Assad.

Selain itu, isu program nuklear Iran juga dijangka hangat dibincangkan menjelang undian Majlis Keselamatan PBB minggu ini.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memaklumkan cadangan penyelesaian telah dikemukakan kepada kuasa Eropah bagi mengelak sebarang krisis.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN