fb fb fb fb fb

Warga emas Britain dibebaskan Taliban selepas 8 bulan ditahan

Foto AFP

KABUL, 19 September – Sepasang warga emas Britain, Peter Reynolds, 80, dan isterinya Barbara, 76, yang ditahan di Afghanistan sejak Februari lalu, akhirnya dibebaskan hari ini.

Peter dan Barbara yang telah memperoleh kewarganegaraan Afghanistan diserahkan kepada wakil khas Britain di Kabul sebelum diterbangkan ke Doha, Qatar.

"Kami berhasrat untuk kembali ke Afghanistan, kerana kami dilayan dengan sangat baik selama kami ditahan," ujar Barbara ketika ditemui media.

Pembebasan itu berlaku hasil bantuan mediasi oleh Qatar serta susulan lawatan khas utusan Amerika Syarikat ke negara itu.

Afghanistan ketika ini hanya diiktiraf secara rasmi oleh Rusia, dengan kebanyakan negara dan kedutaan masih belum kembali beroperasi selepas Taliban kembali berkuasa pada 2021.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN