QUETTA, 19 September – Dua serangan berasingan di wilayah bergolak Balochistan, Pakistan mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk anggota keselamatan dan pekerja buruh.
Serangan pertama berlaku di Dasht apabila seorang pengebom berani mati merempuh konvoi tentera menggunakan kenderaan sarat bahan letupan dipercayai didalangi oleh kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Baloch (BLA).
Satu lagi letupan berhampiran sempadan Afghanistan membunuh enam pekerja buruh bagaimanapun tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Wlayah yang kaya dengan hasil mineral itu kerap berdepan pemberontakan kumpulan pemisah yang menuntut hak autonomi lebih besar dan menuduh kerajaan mendiskriminasikan masyarakat Baloch.