fb fb fb fb fb

Israel terus serang Lubnan, lagi penduduk terbunuh

Foto Hiasan

BEIRUT, 5 September- Serangan berterusan Israel terhadap Lubnan telah membunuh seorang wanita di selatan negara itu pada Rabu.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata serangan turut menyebabkan lima lagi individu mengalami kecederaan.

"Tembakan Israel yang menyasarkan kawasan Qabrikha membunuh seorang wanita dan mencederakan dua yang lagi, termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

"Tiga orang lagi cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan kawasan sempadan Hula," menurut Kementerian Kesihatan Lubnan dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kumpulan Hizbullah mendakwa telah melancarkan beberapa serangan pada Rabu, termasuk serangan roket Katyusha ke utara Israel.

Kekerasan rentas sempadan sejak Oktober lalu telah membunuh kira-kira 610 orang di Lubnan, kebanyakannya ahli kumpulan Hizbullah, menurut kiraan AFP. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM