fb fb fb fb fb

Israel terus serang Gaza, 24 lagi penduduk terbunuh

Penduduk di Gaza berpindah ke kawasan selamat susulan serangan ke atas wilayah itu/ AFP

GAZA, 3 September – Tentera dan kereta kebal Israel terus mara ke Sheikh Radwan, salah satu kawasan kejiranan terbesar dan paling padat di Bandar Gaza dan menyerang khemah penempatan yang mengakibatkan 24 lagi terbunuh termasuk kanak-kanak.

Tindakan kejam itu terus memperlihatkan kedegilan Israel terhadap gesaan antarabangsa agar menghentikan serangan ke atas Palestin.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tentera Israel terus menakluki kawasan pinggir Bandar Gaza dan kini berada hanya beberapa kilometer dari pusat bandar.

Penduduk Bandar Gaza mendakwa tentera Israel memusnahkan rumah serta khemah penempatan yang menempatkan rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal akibat hampir dua tahun peperangan.

Menurut pegawai kesihatan tempatan, sekurang-kurangnya 24 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak, terbunuh dalam serangan di seluruh Gaza pada Rabu, kebanyakannya di Bandar Gaza.

Menurut angka dari Kementerian Kesihatan di Gaza sekurang-kurangnya 63,633 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI