HAWAII, 3 September – Gunung berapi Kilauea di Hawaii terus meletus pada Rabu, memperlihatkan langit malam diterangi aliran lava berwarna jingga yang mengalir dari gunung berapi aktif tersebut.
Menurut rakaman video dikeluarkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kilauea merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, dan letusan kali ini adalah yang ke-32 sejak Disember lalu.
Gunung berapi ini terletak di Pulau Hawaii - pulau terbesar dalam gugusan Kepulauan Hawaii - kira-kira 320 kilometer di selatan bandar terbesar negeri itu, Honolulu.- REUTERS