BEIRUT, 20 April- Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan bahawa seorang individu terbunuh dalam serangan Israel pada Ahad di selatan negara itu, meskipun terdapat gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah.
Menurut kenyataan kementerian itu, serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di Kaouthariyet al-Saiyad, sebuah kawasan pedalaman antara bandar Sidon dan Tyre, turut mencederakan seorang lagi individu.
Setakat ini, Israel terus melancarkan serangan udara di Lubnan meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa.
Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan bahawa dua orang terbunuh akibat serangan udara Israel di selatan Lubnan. – AFP