fb fb fb fb fb

Israel terima senarai tebusan yang akan dibebaskan Hamas pada Sabtu

Foto Reuters

SEMENANJUN GAZA, 25 November - Israel telah menerima senarai tebusan yang akan dibebaskan dari Gaza pada Sabtu oleh Hamas, kata pegawai berikutan pembebasan 24 tebusan pada hari pertama gencatan senjata pada Jumaat.

Pegawai keselamatan Israel sedang menyemak senarai itu, kata satu kenyataan dari pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dimana kerajaannya berjanji akan berusaha untuk membebaskan kesemua tebusan.

Sebelum ini, tebusan yang telah dibebaskan termasuk wanita dan kanak-kanak Israel dan pekerja ladang Thailand, telah dipindahkan keluar dari Gaza dan diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir di persimpangan sempadan Rafah, diiringi lapan kakitangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam empat pasukan menerusi konvoi berkereta, kata ICRC.

Mereka kemudian dibawa ke Israel untuk pemeriksaan kesihatan dan bertemu semula dengan saudara mara.

Qatar, yang bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian gencatan senjata itu berkata 13 warga Israel telah dibebaskan, dua daripadanya merupakan warganegara ditambah 10 warga Thailand dan seorang Filipina yang merupakan pekerja ladang di selatan Israel ketika mereka dijadikan tebusan.

Seramai 39 tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin telah dibebaskan dari penjara Israel.

Tebusan Israel yang dibebaskan termasuk empat kanak-kanak ditemani oleh empat ahli keluarga, dan lima wanita warga emas.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN