fb fb fb fb fb

Israel nafi bunuh 21 orang di kem pelarian Rafah

Penduduk Palestin mencari makanan daripada serpihan yang terbakar selepas serangan Israel di Kem Pelarian Rafah/Foto REUTERS

CAIRO, 29 Mei - Tentera rejim zionis Israel menafikan telah membunuh sekurang-kurangnya 21 rakyat Palestin di sebuah khemah di Rafah, semalam.

Tentera rejim turut mendakwa tidak melancarkan serangan di Al-Mawasi, zon kemanusian di selatan Semenanjung Gaza.

Namun pada penghujung tahun lalu, media melaporkan Israel telah memaksa jutaan penduduk Gaza berpindah ke Al-Mawasi yang disytiharkan selamat oleh IDF.

Terdahulu, Israel yang tidak menghiraukan rayuan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kereta kebal Israel terus mengepung dan mara ke Rafah buat kali pertama selepas melakukan pengeboman pada waktu malam.

Sementara itu, Sepanyol, Ireland, dan Norway secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara seterusnya mengasingkan Israel di persada antarabangsa.

Rakan sekutu Israel, Amerika Syarikat,menegaskan sekali lagi bahawa AS menentang serangan darat yang jelas dilakukan oleh Israel ke atas Rafah tetapi pada masa sama mengatakan ia tidak percaya operasi sedemikian sedang dijalankan.

Kakitangan perubatan di wilayah Palestin mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 12 yang meninggal adalah wanita. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN