GAZA, 13 Ogos -Pasukan tentera Israel sedang melancarkan pencerobohan yang "agresif" ke atas Gaza, selepas pihak tentera meluluskan kerangka operasi baharu di wilayah tersebut.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Pejabat Media Kerajaan Hamas kepada AFP.
"Pasukan penjajah Israel terus melaksanakan pencerobohan agresif di Bandar Gaza.
"Serangan ini merupakan satu eskalasi berbahaya yang bertujuan memaksakan realiti baharu di lapangan secara kekerasan, melalui dasar bumi hangus dan pemusnahan sepenuhnya harta benda awam," katanya. - AFP