fb fb fb fb fb

Israel kecam dakwaan genosid di Gaza oleh jawatankuasa PBB sebagai 'palsu'

FOTO REUTERS

BAITULMAQDIS, 17 November- Israel mengutuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) selepas sebuah jawatankuasa itu menyatakan bahawa tindakan ketenteraan Zionis di Gaza adalah selaras dengan ciri-ciri genosid.

"Kenyataan PBB memecahkan rekodnya sendiri dalam menghasilkan laporan yang berat sebelah, menyerang Israel dan rekaan anti-Israel," kata kementerian luar Israel pada malam Sabtu.

Jawatankuasa khas PBB dalam laporan itu menuduh Israel dengan sengaja menyebabkan kematian, kebuluran, dan kecederaan serius di Gaza serta menggunakan kebuluran sebagai kaedah peperangan.

Bagaimanapun, kementerian luar Israel menolak tuduhan itu sebagai dakwaan palsu.

Laporan tersebut, yang akan dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB pada hari Isnin, juga mendakwa Israel menyekat bantuan kemanusiaan, menghalang akses kepada makanan dan perubatan serta menyerang pekerja bantuan.

Israel mempertahankan tindakannya dengan mengatakan ia bertujuan untuk menghapuskan kemampuan keganasan Hamas dan menuduh Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Amerika Syarikat turut menolak tuduhan PBB, menyebutnya sebagai "tidak berasas."- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE