fb fb fb fb fb

Israel-Hamas sepakat lanjutkan gencatan senjata selama dua hari

Foto Reuters

DOHA, 28 November- Hamas dan rejim Israel capai kata sepakat lanjutkan gencatan senjata selama dua hari di Gaza.

Menurut pegawai kanan Qatar, langkah itu bagi membolehkan lebih ramai tahanan Palestin dibebaskan.

Pelanjutan langkah tersebut juga akan menyaksikan pembebasan 11 lagi tahanan Israel.

Usaha itu membenarkan bantuan kemanusiaan dapat sampai ke kawasan terjejas perang.

Susulan genjatan senjata, lebih banyak bantuan kemanusiaan PBB dibenarkan masuk ke Gaza sekali gus memberi kelegaan kepada agensi dunia itu serta rakyat Palestin, keseluruhannya.

Sebelum ini, kumpulan bantuan yang besar menunggu giliran bawa masuk kontena penghantaran ke utara Gaza, selama lebih sebulan.

Wilayah terbabit terputus daripada bantuan luar selama berminggu-minggu akibat perang.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang.

Tentera zionis dilaporkan menahan lebih 3,200 rakyat Palestin dalam tempoh 8 Oktober hingga 14 November, dengan angka tertinggi dari Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis.

Jumlah tersebut termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.

Seramai 29 daripada 41 wartawan yang ditangkap masih dalam tahanan sejak 7 Oktober.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM