fb fb fb fb fb

Israel dilarang sertai pameran senjata Eurosatory 2024 di Paris

Pihak berkuasa Perancis melarang firma pertahanan Israel daripada menyertai pameran senjata tahunan Eurosatory 2024 yang berlangsung di Paris 17 hingga 21 Jun ini / Foto Reuters

PARIS, 1 Jun - Pihak berkuasa Perancis melarang firma pertahanan Israel daripada menyertai pameran senjata tahunan Eurosatory 2024 yang berlangsung di Paris 17 hingga 21 Jun ini.

Penganjur pameran itu dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan larangan itu dibuat oleh pihak kerajaan.

"Berikutan keputusan pihak kerajaan, Israel dilarang untuk menyertai Eurosatory 2024," kata jurucakap penganjur menerusi hantaran di e-mel.

Awal minggu ini, Presiden, Emmanuel Macron berkata beliau "berang" atas serangan udara Israel yang mencetuskan kebakaran dan membunuh 45 orang di sebuah khemah di bandar Rafah di Gaza sekali gus mencetuskan bantahan daripada pemimpin global.

Sebanyak 74 firma Israel dijangka menyertai pameran yang akan diadakan berhampiran lapangan terbang antarabangsa utama Paris.

10 daripada firma itu akan mempamerkan senjata terbaharu mereka.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN